Wednesday 16 May 2012

PELANCARAN TABUNG PEMBANGUNAN S.U.B.U.R


Assalamualaikum



Bersempena dengan Majlis Pelancaran Tabung Pembangunan Surau Jumaat Taman Bunga Raya, surau kami akan menganjurkan Ceramah Perdana yang bertajuk "Maafkan Kami!!!" yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz dari Pusat Pendidikan Al-Baqarah

Ceramah Perdana yang berlangsung sempena  Majlis Pelancaran Tabung Pembangunan Surau Jumaat Taman Bunga Raya  ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Sabtu, 19 Mei 2012 (27 JamadilAkhir 1433H)
Masa : 2.30 - 4.30 petang

Aturcara majlis. *klik pada gambar untuk lihat lebih jelas.

        


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Tabung Pembangunan Surau Jumaat Taman Bunga Raya ini seterusnya mengambil bahagian dalam ceramah perdana yang bakal disampaikan oleh penceramah tersohor. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah. Insya Allah.

Sekian, terima kasih.