Friday 4 May 2012


Assalamualaikum



Surau kami akan menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk "Membina Umat Solehah" yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Roslan Mohamed (Personaliti TV Al Hijrah & Pensyarah Kanan Universiti Malaya).
Kuliah Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-
Tarikh : Sabtu, 5 Mei 2012 (14 JamadilAkhir 1433H).
Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang bakal membincangkan bimbingan kepada kita dalam membina diri sebagai umat Islam yang soleh dan solehah. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.