Wednesday 25 April 2012

KULIAH MAGHRIB PERDANA USTAZ ERFINO JOHARI


Assalamualaikum w.b.t



Surau kami akan menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk "Tatakelola Keperibadian Muslim" yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Erfino Johari  (Personaliti Program Tanyalah Ustaz / Moderator Halaqah di TV9).

Kuliah Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Sabtu, 28 April 2012 (6 JamadilAkhir 1433H).

Masa : Selepas solat Maghrib


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang bakal menerangkan hal berkaitan keperibadian kita sebagai umat Islam. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.

Friday 20 April 2012

CERAMAH UMUM OLEH USTAZ JEL FETHULLAH


Assalamualaikum




Surau kami akan menganjurkan Ceramah Umum yang akan disampaikan oleh penceramah tersohor yang dijemput khas dari negara jiran iaitu Ustaz Jel Fethullah (Ahli Majlis Fatwa Sumatera Barat).
Ceramah Umum ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Ahad, 22 April 2012 (30 JamadilAwal 1433H).
Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi ceramah umum yang bakal disampaikan oleh Ustaz Jel Fathullah ini. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.

Friday 6 April 2012

WASIAT TERAKHIR RAULULLAH S.A.W


Assalamualaikum




     Sesungguhnya sepanjang hayat baginda, Nabi Muhammad s.a.w banyak meninggalkan didikan dan panduan kepada kita sebagai umat baginda. Sebelum kewafatan baginda, turut ditinggalkan wasiat terakhir sebagai peringatan dan pedoman kepada umat baginda.
     Oleh itu, pihak surau kami akan mengadakan kuliah maghrib perdana yang bertajuk "WASIAT TERAKHIR RAULULLAH S.A.W" bagi membincangkan isi kandungan yang terdapat dalam wasiat baginda tersebut. Kuliah Maghrib Perdana ini bakal berlangsung pada
Tarikh : Ahad, 16 JamadilAwal 1433H (8 April 2012)
Masa : Selepas solat Maghrib
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang memberi penjelasan akan intipati yang terkandung dalam wasiat terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.