Wednesday 16 May 2012

PELANCARAN TABUNG PEMBANGUNAN S.U.B.U.R


Assalamualaikum



Bersempena dengan Majlis Pelancaran Tabung Pembangunan Surau Jumaat Taman Bunga Raya, surau kami akan menganjurkan Ceramah Perdana yang bertajuk "Maafkan Kami!!!" yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz dari Pusat Pendidikan Al-Baqarah

Ceramah Perdana yang berlangsung sempena  Majlis Pelancaran Tabung Pembangunan Surau Jumaat Taman Bunga Raya  ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Sabtu, 19 Mei 2012 (27 JamadilAkhir 1433H)
Masa : 2.30 - 4.30 petang

Aturcara majlis. *klik pada gambar untuk lihat lebih jelas.

        


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Tabung Pembangunan Surau Jumaat Taman Bunga Raya ini seterusnya mengambil bahagian dalam ceramah perdana yang bakal disampaikan oleh penceramah tersohor. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah. Insya Allah.

Sekian, terima kasih.

Friday 11 May 2012

Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Muhammad Nidzam Kadir

Assalamualaikum




Surau kami akan menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk "Fekah Berinteraksi dengan Non Muslim" yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Muhammad Nidzam Kadir (Personaliti Tanyalah Ustaz / Moderator Halaqah).

Kuliah Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Sabtu, 12 Mei 2012 (20 JamadilAkhir 1433H).
Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang bakal memberi panduan kepada kita sebagai umat Islam tentang cara-cara mendekati dan berinteraksi dengan non Muslim. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.

Friday 4 May 2012


Assalamualaikum



Surau kami akan menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk "Membina Umat Solehah" yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Roslan Mohamed (Personaliti TV Al Hijrah & Pensyarah Kanan Universiti Malaya).
Kuliah Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-
Tarikh : Sabtu, 5 Mei 2012 (14 JamadilAkhir 1433H).
Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang bakal membincangkan bimbingan kepada kita dalam membina diri sebagai umat Islam yang soleh dan solehah. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.