Friday 31 October 2014

Assalamualaikum.....


Kepada anda sekelian diluar sana....marilah bersama-sama kita hadiri kuliah yang akan disampaikan oleh 2 orang penceramah yang hebat ini....semoga kita semua mendapat keberkatan Nya...


Wednesday 24 September 2014

Assalamualaikum....

kami dengan berbesar hati ingin menjemput Tuan dan Puan, Saudara dan Saudari, Abang, Adik dan Kakak untuk memeriahkan lagi majlis ilmu berganda di surau kami yang akan diadakan pada:

Hari Ahad

3 Zulhijjah 1435 bersamaan 28 September 2014

Sesudah solat Subuh bersama Ustaz Dato' Khalid Mat Isa

Sesudah solat Maghrib bersama Ustaz Zulzaidi


Tajuk Majlis Ilmu ini adalah umum. Semoga kengan kehadiran Tuan dan Puan, Saudara dan Saudari, Abang, Adik dan Kakak akan menambahkan kerberkatan Allah kepada kita dan sentiasa dalam Rahmatnya....In Sya Allah...

Assalamualaikum....

Mari....mari.....mari semua...

Anda ingin berada di Taman Syurga....
marilah bersama kami di majlis ilmu yang akan diadakan pada:

KULIAH MAGHRIB PERDANA

Tarikh : 1 Zulhijjah 1435 bersamaa 26 September 2014
Hari : Jumaat (selepas solat Maghrib)
Penceramah : Ustaz Johari Mohd Som
Tajuk : MELANGKAH PULANG SI SALIH......

Semoga dengan kehadiran anda semua akan menambahkan keberkatan majlis ilmu ini dan semoga Allah sentiasa merahmati kita semua...in sya Allah

Saturday 17 May 2014

Assalamualaikum.....

RALAT

Tarikh sebenar Majlis Ilmu bersama Ustaz Muhammad Nidzam adalah pada 25 Mei 2014.

Mohon kemaafan atas kekilafan pihak admin

Friday 16 May 2014

Mari....mari...

marilah kita beramai-ramai 'LIKE' page Surau Taman Bunga Raya

Mari kita berkongsi informasi aktiviti Surau Taman Bunga Raya, Setapak dan kawasan kejiranannya...




Assalamualaikum....

Dijemput warga kariah Taman Bunga Raya dan kariah-kariah di sekitarannya untuk bersama-sama menghadiri Majlis Ilmu yang akan diadakan pada:


Hari : Ahad
Tarikh : 18 Mei 2014
Jam : Selepas solat Maghrib


Marilah bersama-sama mengimarahkan Majlis Surau Taman Bunga Raya ini, semoga Allah merahmati dan memberi kelapangan kepada kita semua....aamiin..



Friday 20 December 2013

KULIAH DISEMBER 2013

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



SUBUR ingin menjemput anda semua untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang bakal diadakan pada bulan Disember ini. Berikut adalah butir-butir majlis ;






Jumpa anda di SUBUR...


Sollualannabi...


Monday 16 December 2013

JADUAL KULIAH DISEMBER 2013

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Untuk memudahkan para jemaah menghadiri kelas-kelas agama dan ceramah di SUBUR, berikut adalah jadual kuliah bagi bulan Disember 2013.
Semoga bermanfaat untuk semua hendaknya.



Jumpa anda di SUBUR.
Sollualanabi.



Friday 6 December 2013

CERAMAH MAGHRIB PERDANA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T




Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bertemu dua kumpulan muslimin . Satu kumpulan sedang beribadah sambil bermohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. , manakala satu kumpulan lagi sedang mengadakan majlis ilmu . Kedua-duanya baik , tetapi Nabi memilih yang terlebih baik .


Nabi s.a.w. memilih majlis ilmu yang sedang berlangsung . Baginda duduk bersama-sama kumpulan kaum Muslimin yang hadir dalam majlis tersebut . Walaupun Baginda seorang Nabi dan orang yang alim serta paling berilmu di kalangan sekalian manusia , Nabi tetap cinta kepada ilmu pengetahuan .

Malah pada bulan Ramadan , Nabi s.a.w. akan bertadarus al-Quran dengan Malaikat Jibril a.s. Nabi membaca dan Malaikat Jibril a.s. mendengar sambil menyemak bacaan Nabi . Ia juga termasuk dalam proses belajar .


Nabi s.a.w. bersabda , " Ilmu itu merupakan khazanah ( perbendaharaan ) . Anak kuncinya ialah bertanya . Kerana itu bertanyalah kamu , kerana dengan bertanya itu akan diberikan ganjaran empat golongan . ( Iaitu ) orang yang bertanya , orang yang mengajar , orang yang mendengar dan orang yang mencintainya ." ( Riwayat Abu Na'im daripada Sayidina Ali )



Hadith :


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
Riwayat al-Bazzar




Sollualannabi...
Like FB Surau Bunga Raya

Friday 29 November 2013

CERAMAH PERDANA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Semua warga penduduk Taman Bunga Raya dan kawasan sekitar adalah dijemput untuk menghadiri majlis ilmu yang bakal diadakan di SUBUR. Butir-butir majlis boleh dirujuk pada poster di bawah.


1. Kuliah Maghrib Perdana
    Dijadualkan pada hari Sabtu, 30hb November 2013
    Penceramah jemputan adalah Ustaz Dr. Abdul Latiff Razak

   

2. Kuliah Maghrib Khas 
    Dijadualkan pada hari Ahad, 1hb Disember 2013
    Penceramah jemputan adalah Ustaz Muhammad Zaid@Robby Tandang




Sollualannabi..
Like FB kami : Surau Bunga Raya