Friday 30 November 2012

Santapan Ilmu Disember 2012

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Diharapkan anda semua berada di dalam keadaan yang sihat dan bahagia hendaknya. Kami berharap agar segala program yang telah kami aturkan pada bulan November lepas dapat sedikit sebanyak memberi manfaat dan ilmu yang berguna sebagai panduan hidup kita di bumi yang sementara ini.

Di sepanjang bulan Disember ini, pihak SUBUR dengan berbesar hati ingin menjemput semua kariah Taman Bunga Raya untuk beramai-ramai hadir memeriahkan majlis ilmu yang kami namakan Santapan Ilmu Disember 2012. Pelbagai jenis kuliah dan majlis ilmu telah disediakan pihak SUBUR, yang bakal mengupas segala jenis perkara dari segenap sudut ilmiah dan akan disampaikan oleh para ulama' terkenal negara di Surau Jumaat Taman Bunga Raya kesayangan kita.

Poster berikut adalah sebagai panduan untuk memudahkan anda semua tentang tarikh-tarikh penting kuliah dan ceramah yang bakal diadakan dalam bulan Disember 2012 nanti.


Jumpa anda di SUBUR...

Tuesday 20 November 2012

Ceramah November 2013

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Terima kasih diucapkan di atas kesudian anda untuk masih setia menjenguk blog SUBUR.
Dengan berbesar hati, pihak SUBUR ingin menjemput para kariah Taman Bunga Raya untuk sama-sama meramaikan majlis ceramah sepanjang minggu ke-3 dalam bulan November 2012.
Bagi memudahkan anda semua, pihak SUBUR telah menyusun dan menetapkan tarikh ceramah beserta penceramah jemputan seperti di dalam poster di bawah. Diharapkan dengan adanya poster ini, dapatlah kiranya membantu sedikit sebanyak para penduduk Taman Bunga Raya dan penduduk sekitar untuk menyusun jadual masing-masing bagi menghadiri majlis tersebut.



Kedatangan anda semua adalah amat-amat dialu-alukan. Semoga dengan kehadiran anda semua, dapat memakmurkan lagi SUBUR di samping mendapat ilmu dan barakah dari-Nya.

Kita jumpa di SUBUR...



Friday 2 November 2012

Ceramah Maghrib Perdana

Assalamualaikum w.b.t

Di harapkan agar anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera hendaknya. 

Sukacita kami untuk menjemput semua kariah Taman Bunga Raya untuk meramaikan Ceramah Maghrib Perdana yang bakal diadakan di SUBUR pada 4hb November 2012, iaitu pada hari Ahad ini, bersamaan dengan 19 Zulhijjah 1433. Ceramah ini akan disampaikan oleh Ustaz Dr.Muhammad Lukman Ibrahim, seorang pensyarah Al-Quran, Tafsir dan Tarannum Kias dari Universiti Malaya.



Semoga dengan kehadiran tuan puan ke majlis ilmu ini nanti, akan bertambah Rahmah dan Hidayah kepada SUBUR dan segala penghuninya, amin...

Jumpa anda di SUBUR...