Monday 19 March 2012

CERAMAH PERDANA OLEH USTAZ JEL FETHULLAH


Assalamualaikum.


Surau kami akan menganjurkan Ceramah Perdana yang bertajuk "Memartabat Umat Sejagat" yang akan disampaikan oleh penceramah tersohor yang  dijemput khas dari negara jiran iaitu Ustaz Jel Fethullah (Ahli Majlis Fatwa Sumatera Barat).
Ceramah Perdana ini akan diadakan pada :-
Tarikh : Ahad, 25 Mac 2012 (2 JamadilAwal 1433H).
Masa : Selepas solat Maghrib
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi ceramah perdana yang bakal menerangkan betapa pentingnya martabat umat sejagat patut dijaga. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.


Sekian, terima kasih.

Thursday 8 March 2012

KULIAH MAGHRIB JEMPUTAN KHAS IMAM MUDA

Assalamualaikum

   Surau Taman Bunga Raya akan menganjurkan Kuliah Maghrib bersama jemputan khas Imam Muda Hassan bin Mohd Azhari pada Sabtu ini 10/3/2012. Kuliah Maghrib tersebut akan disampaikan dengan tajuk Mukjizat Al-Quran.

  Semua jemaah dijemput hadir bagi mengimarahkan lagi majlis ilmu yang penuh keberkatan ini. Insya Allah.

  Sekian, terima kasih.

Thursday 1 March 2012

CERAMAH PERDANA


Assalamualaikum,

Hidup di dunia ini, sebagai seorang hamba Allah setiap insan perlu menimba ilmu sebagai bimbingan untuk senantiasa berada di jalan yang benar. Bertepatan dengan kepentingan ilmu sebagai penyelamat akidah kita, surau kami akan menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk "Ilmu Penyelamat Akidah" yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohammad Nidzam b. Abdul Kadir (Personaliti Program Tanyalah Ustaz di TV9)
Kuliah Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-

  • Tarikh : Ahad, 4 Mac 2012 (11 Rabiulakhir 1433H).
  • Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang menerangkan betapa pentingnya ilmu demi menyelamatkan akidah semua. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.