Friday 28 September 2012

Di Ambang Zulhijjah

Assalamualaikum w.b.t

Bersempena dengan kedatangan Bulan Zulhijjah ini, pihak SUBUR ingin menjemput para qariah Taman Bunga Raya untuk menghadiri Kuliah Maghrib Perdana pada 30 September 2012, Ahad bersamaan 14 Zulkaedah 1433H.




Penceramah jemputan kita pada kali ini adalah merupakan seorang personaliti TV Al Hijrah dan merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Malaya, iaitu Ustaz Roslan Mohamed.
Diharap dengan kehadiran anda semua dapat mengimarahkan lagi majlis kuliah di surau kesayangan kita, Insyaallah...

Wednesday 12 September 2012

Pengumuman : Ahad,16 September 2012

Assalamualaikum w.b.t.




Sukacita ingin kami pihak SUBUR memaklumkan dan menjemput semua penduduk Taman Bunga Raya untuk sama-sama meramaikan dan meraikan majlis-majlis yang bakal kami adakan pada 16 Sept 2012.

Majlis yang akan diadakan ini adalah bersempena untuk meraikan calon-calon SPM&PMR, dan Jemaah Bakal Haji di samping turut sekali merayakan bulan Syawal yang mulia ini dengan bermaaf-maafan sesama insan dalam majlis Hari Raya nanti.

Turut memeriahkan majlis adalah YBG Ustaz Abdul Nasir Al-Hafis dari Madrasah Al-Yamani, Kg.Bharu yang akan mengimamkan Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Doa Selamat. Selain beliau, YBG Ustaz Hanafi Abdul Malek, Pengerusi SIDIM & Personaliti TV9 di dalam rancangan "Tanyalah Ustaz" juga akan turut serta untuk menyampaikan ceramah khas kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Qariah TBR juga dialu-alukan untuk menyumbang untuk jamuan makan pada hari tersebut.
Semoga dengan kehadiran anda, TBR akan sentiasa berada dalam baraqah Yang Maha Esa.

Tuesday 11 September 2012

Ceramah Maghrib Perdana : 'A' untuk ALLAH

Assalamualaikum w.b.t




Sebuah ceramah khas untuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan PMR akan diadakan di surau kesayangan kita SUBUR bertujuan bagi memberi semangat dan meniupkan rasa cinta para pelajar terhadap Yang Maha Pencipta. Ceramah Khas Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-

           Tarikh   : 16hb September 2012
           Masa    : 7:00 petang hingga 11:00 malam
           Tajuk    : 'A' untuk ALLAH
           Tempat :  Surau Bunga Raya

Penceramah jemputan pada kali ini adalah merupakan seorang penceramah yang tidak asing lagi di Malaysia dan sentiasa muncul dikaca TV9, selain menjadi penceramah undangan pilihan dalam rancangan 'Tanyalah Ustaz" iaitu Ustaz Hanafi Abd Malek yang juga merupakan seorang pengerusi di Rumah Sahabat Insan dan Iman Malaysia (SIDIM). 

Semua muslimin ,muslimat dan para pelajar khususnya, dijemput hadir untuk sama-sama menunaikan solat maghrib secara berjemaah, dan turut serta dalam aktiviti yang telah disusun sepanjang program ceramah berlangsung. Semoga dengan kehadiran anda semua, para pelajar mahupun ibu bapa, kejayaan di dunia dan akhirat dapat dikecapi seiringan.

Sekian, terima kasih.