Wednesday 20 February 2013

Ceramah Perdana

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman semua, SUBUR ingin menjemput para penduduk setempat dan berdekatan untuk sama-sama meramaikan dan memeriahkan majlis ilmu yang bakal diadakan di SUBUR, 23hb Februari 2013, iaitu pada hari Sabtu ini.



Semoga dengan kehadiran tuan puan nanti akan menyerikan dan memberi barakah kepada kita semua hendaknya.

Sollualannabi

Thursday 14 February 2013

Jadual Kuliah Februari 2013

Assalamualaikum w.b.t

Pihak SUBUR telah berbesar hati mengeluarkan jadual kuliah sepanjang bulan Februari 2013 seperti di bawah ;


Diharap anda semua beroleh barakah dari kuliah-kuliah ilmu yang telah SUBUR aturkan. 

-sollualanabi-



Friday 8 February 2013

Kuliah Maghrib Berkitab

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar anda semua? Diharapkan semua berada dalam keadaan sihat dan dilindungi di dalam Rahmah Yang Esa hendaknya. Bermula hari ini, Jumaat 8 Februari 2013 hingga Selasa 12 Februari 2013 akan ramailah penghuni kota Kuala Lumpur khusunya, mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga kerana cuti Tahun Baru Cina. Namun bagi yang tidak kemana-mana, anda semua dijemput meramaikan majlis ilmu, iaitu Kuliah Maghrib Berkitab di SUBUR pada 9 Februari 2013 dengan tajuknya "Feqah Berinteraksi dengan Non-Muslim"



Jumpa di SUBUR...

Friday 1 February 2013

Muzakarah Ilmu

Assalamualaikum w.b.t



Daripada Abu Darda’, bawasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda ”Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan Sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada didalam air.Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barangsiapa yang menuntut ilmu itu. maka sesungguhnya dia telah mendapat bahgian yang paling banyak”

(hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
Rasulullah juga pernah bersabda; ilmu itu adalah khazanah bagi orang-orang islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapatkan keredhaan dari Allah. dan 4 golongan tersebut ialah ;


                     1) Orang yang bertanya/belajar
                    2) Orang yang mengajar
                    3) Orang yang mendengar
                    4) Orang yang cinta orang yang berada dalam majlis ilmu.

Dan janganlah kita menjadi orang yang ke-5 iaitu orang yang benci kepada orang yang menuntut ilmu dan kepada orang yang mengajar ilmu...


Allahuakbar...