Friday 30 November 2012

Santapan Ilmu Disember 2012

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Diharapkan anda semua berada di dalam keadaan yang sihat dan bahagia hendaknya. Kami berharap agar segala program yang telah kami aturkan pada bulan November lepas dapat sedikit sebanyak memberi manfaat dan ilmu yang berguna sebagai panduan hidup kita di bumi yang sementara ini.

Di sepanjang bulan Disember ini, pihak SUBUR dengan berbesar hati ingin menjemput semua kariah Taman Bunga Raya untuk beramai-ramai hadir memeriahkan majlis ilmu yang kami namakan Santapan Ilmu Disember 2012. Pelbagai jenis kuliah dan majlis ilmu telah disediakan pihak SUBUR, yang bakal mengupas segala jenis perkara dari segenap sudut ilmiah dan akan disampaikan oleh para ulama' terkenal negara di Surau Jumaat Taman Bunga Raya kesayangan kita.

Poster berikut adalah sebagai panduan untuk memudahkan anda semua tentang tarikh-tarikh penting kuliah dan ceramah yang bakal diadakan dalam bulan Disember 2012 nanti.


Jumpa anda di SUBUR...