Tuesday 19 June 2012

FORUM PERDANA ISRA' MI'RAJ


Assalamualaikum



Bersempena Isra' Mi'raj pada tahun 1433 Hijrah ini, surau kami akan menganjurkan forum perdana yang bertajuk "Hati yang Dicintai Allah s.w.t" yang akan dipengerusikan oleh moderator Ustaz Hamim Sameon (ABIM) bersama Ahli Panel Jemputan Ustazah Norhafizah Musa (Personaliti Program Tanyalah Ustazah di TV9) dan juga Imam Muda Hassan (Program Imam Muda).

Forum Perdana Isra' Mi'raj ini akan diadakan pada :-

Tarikh : Ahad, 24 Jun 2012 (4 Syaaban 1433H).
Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi forum perdana yang bakal memberi bimbingan kepada kita sebagai umat Islam untuk membentuk hati yang mendapat keredhaan dan seterusnya dicintai oleh Allah s.w.t. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.