Thursday 1 March 2012

CERAMAH PERDANA


Assalamualaikum,

Hidup di dunia ini, sebagai seorang hamba Allah setiap insan perlu menimba ilmu sebagai bimbingan untuk senantiasa berada di jalan yang benar. Bertepatan dengan kepentingan ilmu sebagai penyelamat akidah kita, surau kami akan menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk "Ilmu Penyelamat Akidah" yang akan disampaikan oleh Ustaz Mohammad Nidzam b. Abdul Kadir (Personaliti Program Tanyalah Ustaz di TV9)
Kuliah Maghrib Perdana ini akan diadakan pada :-

  • Tarikh : Ahad, 4 Mac 2012 (11 Rabiulakhir 1433H).
  • Masa : Selepas solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang menerangkan betapa pentingnya ilmu demi menyelamatkan akidah semua. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.

Sekian, terima kasih.