Friday, 6 April 2012

WASIAT TERAKHIR RAULULLAH S.A.W


Assalamualaikum




     Sesungguhnya sepanjang hayat baginda, Nabi Muhammad s.a.w banyak meninggalkan didikan dan panduan kepada kita sebagai umat baginda. Sebelum kewafatan baginda, turut ditinggalkan wasiat terakhir sebagai peringatan dan pedoman kepada umat baginda.
     Oleh itu, pihak surau kami akan mengadakan kuliah maghrib perdana yang bertajuk "WASIAT TERAKHIR RAULULLAH S.A.W" bagi membincangkan isi kandungan yang terdapat dalam wasiat baginda tersebut. Kuliah Maghrib Perdana ini bakal berlangsung pada
Tarikh : Ahad, 16 JamadilAwal 1433H (8 April 2012)
Masa : Selepas solat Maghrib
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi mengimarahkan dan memeriahkan lagi kuliah maghrib perdana yang memberi penjelasan akan intipati yang terkandung dalam wasiat terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Semoga dengan kehadiran semua jemaah dapat memberi manfaat yang berguna kepada setiap jemaah.