Friday, 27 September 2013

MAJLIS ILMU SEPTEMBER 2013

ASSALAMUALAIKUM W.B.T




Kelebihan Belajar Ilmu Agama dan Keluar Mencari Ilmu Agama


1. Sesiapa yang menghidupkan Sunnah di zaman kerosakan umat akan mendapat ganjaran 100 pahala syahid.

2.
Menuntut ilmu adalah suatu bentuk jihad. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan niat ingin menuntut ilmu, para malaikat akan mengiringinya sambil menghamparkan sayap-sayap mereka, dan orang itu akan berjalan di atas sayap-sayap para malaikat. Seandainya dia mati dalam perjalanan, matinya itu adalah mati syahid.
3. Syaitan benci dan takut kepada seorang yang berilmu lebih daripada 1000 orang abid, kerana tugas Syaitan ialah untuk menyesatkan manusia, tetapi seorang yang berilmu pula boleh mengembalikan mereka semula ke pangkal jalan.
4. Majlis ta'alim adalah majlis dzikrullah. Majlis dzikrullah adalah majlis yang amat besar sekali di sisi Allah SWT. Di antara kelebihan majlis dzikrullah ialah:
        Para malaikat akan mengerumuninya dan bertimpa-timpa hingga sampai ke Arasy. Apabila malaikat-malaikat ini kembali kepada Allah dengan laporan mereka, Allah akan menyebut nama-nama orang di majlis itu dan ibu bapa mereka dengan bangganya di dalam perhimpunan para malaikat.
       
Penghuni langit melihat majlis-majlis dzikrullah di bumi ini bersinar seperti kita melihat bintang-bintang yang berkilauan di langit.
       
Orang-orang yang berhimpun dalam majlis dzikrullah akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. Bukan setakat itu saja, dosa ibu bapa mereka juga akan diampunkan.
       
Orang yang melewati majlis sebegini tanpa niat untuk duduk dalam majlis ini pun akan diampunkan dosanya.
Satu majlis dzikrullah di masjid menghapuskan 100 majlis lalai. Satu majlis dzikrullah di rumah menghapuskan 40 majlis lalai.
5. majlis dan rahmat yang melimpah akibat daripada kehadiran mereka, ia menjadikan majlis ta'alim sebuah majlis sakinah (ketenangan). Ketika para Sahabat RA menghadiri majlis ta'alim yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, suasana menjadi sungguh tenang hinggakan burung-burung datang dan bertenggek di atas bahu dan kepala mereka tanpa sedikit pun rasa takut.
6. Dengan rahmat ini juga, Allah membersihkan dan melembutkan hati manusia di sekeliling dan memberi hidayah kepada mereka. (Sebab itulah, kita juga digalakkan untuk buat majlis ta'alim di rumah, agar ahli keluarga kita juga akan dapat hidayah, biarpun yang nampak hanya kita seorang saja yang baca kitab ta'alim, tetapi para malaikat sebenarnya ada bersama kita dan sedang mendengar apa yang kita bacakan.)


Sollualannabi...

Sila Like page FB kami : Surau Taman Bunga Raya

Monday, 23 September 2013

MAJLIS ILMU SEPTEMBER 2013

Assalamualaikum w.b.t



Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh Allahmempunyaimalaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir,apabilamereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, makamerekaduduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhipermohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat
Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR. Muslim)


Sila Like FB kami : SURAU TAMAN BUNGA RAYA

Friday, 13 September 2013

KULIAH MAGHRIB

Assalamualaikum w.b.t


SUBUR ingin menjemput semua kariah Taman Bunga Raya dan penduduk sekitar untuk meramaikan majlis ilmu yang bakal diadakan pada hari Ahad, 15 September 2013.




Semoga dengan kehadiran anda semua akan dapat mengimarahkan lagi SUBUR.

Sollualannabi..

Friday, 6 September 2013

KULIAH

Assalamualaikum w.b.t


Diharapkan semua ahli kariah SUBUR berada di bawah barakah dan lindungan Yang Maha Esa hendaknya. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk bernafas dan beribadat di bumi Allah ini. Anda semua dijemput menghadiri pengajian dan kuliah yang bakal diadakan di SUBUR iaitu ;


               Kuliah Subuh    :   Pengajian Kitab Al Hikam 
               Tarikh              :   Ahad, 08/09/2013
               Penceramah     :    Ustaz Adnin Yahya Al Hadrami


               Kuliah Maghrib Perdana (UMUM)
               Tarikh              :   Ahad, 08/09/2013
               Penceramah     :   Ustaz Dr Mohd Luqman Ibrahim


Sesungguhnya kehadiran anda akan memeriahkan lagi majlis ilmu itu nanti.

-Sollualannabi-